Category Archives: Nukilan

Ulang Tahun Jagung

Anniversary T-Shirt

Aku tiada idea mahu letak foto apa. Persembahkan, prototype t-shirt.

“Ustaz…”, aku memanggil beliau..

“Ustaz, tengok ni…”, jaket Polo aku singkap supaya t-shirt istimewa itu kelihatan.

“Aku dah ada baju blog, kau bila lagi.. hehe…”

Ustaz ialah pemilik blog zulhairiseman.net. Kami bertemu dalam bilik gerakan iHack pagi tadi.

Continue reading

Tagged , ,

Khabar Bumi Xinjiang

Xinjiang, China

Xinjiang, China | kredit: lx54.deviantart.com

“Apa akhbar Islami hari ni?”, tanya En. Saufi (bukan nama sebenar).

Memang suatu kebiasaan selepas kami bertadarus, khabar semasa dunia Islam kami akan bincangkan bersama.

“Akhbar tahun lepas boleh, akhi?”, tanya aku.

Beliau gelak sahaja. Bukan beliau, tapi mereka.

Continue reading

Tagged , , ,

Undang-undang Bukan Segalanya

Penunggang yang suka berfikir :)

Penunggang yang suka berfikir šŸ™‚

Orang putih kata, bas ialah tempat mencari erti kehidupan. Aku lebih biasa dengan motorsikal. Mungkin kerana bila aku perhatikan liku-liku jalan, ia seperti liku-liku kehidupan. Klise..

Sebenarnya aku sedang fikirkan permintaan kakakku untuk ke perhimpunan Bersih, tiga perpuluhan kosong. Entah kenapa aku tolak permintaannyaā€¦ Itu yang buat aku rasa serba salah disepanjang perjalanan.

Sepanjang perjalanan juga, aku fikirkan pengakhiran kepada perhimpunan itu. Mampukah manusia berubah (dengan tanda soal), atau mahukah manusia berubah?

Continue reading

Tagged , ,

Nenek-nenek Si Bongkok Tiga

old folk

Nenekku sudah meninggalkan zaman ‘bersama kawan-kawan’. Entah masih ada kah kawan yang masih hidup, Tuhan sahaja yang tahu | Kredit: bullettothehead.deviantart.com

“Nenek-nenek si bongkok tiga, siang malam asyik berjaga~”

Itu adalah lirik lagu ‘nenek’. Sepanjang hayat aku, itulah satu-satunya lagu nenek yang aku tahu. Selain dari itu, cuma ada lagu ibu, dan juga isteri.Tak sangka ya, selain bapa, golongan nenek juga dilupakan oleh golongan seni. Mungkin kerana duduk dibawah kategori ibu. Mungkin.

Bongkok tiga, aku pun tidak tahu seteruk mana bongkok tiga itu. Tetapi, dalam hayat aku ini juga tak pernah aku lihat insan yang lebih bongkok dari nenek aku. Usia beliau lebih kurang 100 tahun. Rekod surat beranak tidak semestinya tepat.

Continue reading

Tagged ,

Tukar Topik

what media say

kredit: marilungo.com

Sedang menanti iqamah solat Asar, seorang AJK masjid memberi pengumuman.

“Selepas solat nanti ada jemputan doa selamat di blok 77 (bukan blok sebenar) oleh En. Harun (bukan nama sebenar).”

Oh, En. Harun adakan doa selamat dirumahnya sempena pembukaan perniagaan baru.

“Orang kita ni jemput doa selamat, tapi orangnya (yang menjemput) takde“, bisik seorang dari jemaah masjid kepada aku.

Continue reading

Tagged , ,

Idea: Kerana Aku Seorang Sufi

SUFI - suka filem

SUFI = SUka FIlem

Sebenarnya tadi aku sedang fikirkan tentang pembentangan ‘bulatan gembira’ minggu hadapan. Sudah pun siap bahan pembentangan, tiba-tiba, aku teringat idea yang lebih ‘ringan’ dikongsi, dan sudah lama aku ingin tuliskan di blog ini sebenarnya.

Ia berupa idea, tujuannya menyeru golongan muda dan memenuhi maksud ‘imarah, alatnya ialah dakwah dan umpannya adalah FILEM.

Walaupun tak semua orang setuju, tapi sesetengah filem menyampaikan mesej dengan sangat halus, dan itu sangat bagus (kalau mesejnya bagus). Pengalaman aku bersama persatuan masjid, aktivis Palestin, jawatankuasa surau, pemburu janji Ilahi atau apa sahaja yang dilabelkan, mereka menyeru kepada manusia melalui tayangan filem dengan sangat berkesan. Dan aku kagum yang itu. Apa lagi, aku ini seorang SUFI (suka filem).

Continue reading

Tagged , , , , , , ,

Belajar Aqidah Dalam Makmal

ujian makmal

kredit: ackbad.deviantart.com

“Anak-anak, tuan-tuan jangan bagi minum air berkarbonat”, bergema pembesar suara masjid.

“Anak-anak, kalau banyak minum air berkarbonat, makin lembab otaknya. Tuan-tuan tahu apa dalam air berkarbonat tu?”, ustaz itu mula bertanya.

“Nama pun berkarbonat tuan-tuan. Maksudnya, banyak karbon dioksida. Bila karbon dioksida banyak ke otak, otak jadi lembab, tak dapat nak fikir..!”, wah, kuliah maghrib dengan fakta sains.

Suatu peningkatan.

(…aku rasa, ustaz itu memaksudkan ‘air bikarbonat’)

Continue reading

Tagged , ,

Mari Raikan K-Pop

k-pop

K-Pop adalah K-Pop

Pada awal tahun 2011, aku menyedari suatu gelombang besar yang berjaya mempengaruhi umat Malaysia hingga hari ini. Satu fenomena yang merentasi sempadan negeri, mengenetepikan loghat serta latarbelakang politik. K-Pop, gergasi pentas manusia.

Tiada siapa jangka, ketika negara-negara Islam mendepani dunia dalam hal-hal keganasan (dengan menjadi pengganas kepada rakyat sendiri), hak Islam pula diserang dari pelbagai sisi, tiba-tiba muncul penyeru risalah Tuhan yang menyatukan malah amat dekat dengan masyarakat.

Continue reading

Tagged , ,

Mungkin Valentine Patut Disambut

DF itu penting | kredit: http://shoggy.deviantart.com/

DF itu penting

ā€œKau tunggu disiniā€, jerit seorang perempuan.

Aku jenguk keluar pintu rumah, kalau-kalau ada pergaduhan berlaku.

ā€œKau tunggu sini! kau beli coklat kan?ā€, budak perempuan itu menahan seorang budak lelaki. Ya, mereka budak-budak dibawah usia PMR.

Budak lelaki itu cuma diam. Mungkin kerana lelaki memang lebih penyabar dari perempuan, atau lelaki memang selalu rasa bersalah, lalu diam.

Continue reading

Tagged ,

Cuma Buih

buih - Maharaja Serius

Maaf ini bukan buih dilautan | Bubble by ~Rah-Xephon

ā€œKorang jangan jadi macam aku. Jangan minum arakā€, aku terdiam, cuba menafsirkan dua baris ayat Jamal (bukan nama sebenar) itu.

ā€œKorang faham kan maksud aku, jangan jadi macam aku. Jangan minum arak, jangan ambil pilā€¦ā€

Allahuakbar, turun motivasi aku mendengar kata-kata Jamal itu. Allah jua yang tahu mengapa aku dipertemukan dengannya.

Continue reading

Tagged , , , ,